Dalam artikel ini, saya akan menunjukkan cara untuk menggunakan peta CellMapper.
Untuk memetakan liputan & menara telekomunikasi dengan aplikasi CellMapper, sila pergi ke sini.
Tower dengan titik merah: lokasi dianggarkan daripada data pengguna CellMapper, tidak semestinya berada di lokasi sebenar/tepat.
Tower dengan titik hijau (atau hijau dengan ring merah): tower ini telah dipinkan di lokasi sebenar/tepat oleh pengguna CellMapper berdaftar.
Laman web (desktop)
Apabila anda membuka cellmapper.net untuk pertama kali, anda perlu memberikan kebenaran supaya CellMapper dapat mengakses lokasi semasa anda (bergantung kepada tetapan sistem operasi). Jika tidak, peta akan menunjukkan lokasi koordinat 0, 0 secara lalai.
Untuk melihat data untuk telco tetentu, klik “Select Provider” & buat carian nama telco. Sebagai contoh, saya akan memilih Celcom. Anda juga boleh skrol sampai jumpa telco yang dipilih.
Selepas memilih Celcom, data akan dipaparkan.
Anda ada pelbagai pilihan di bawah menu General (ikon rumah) untuk memudahkan pencarian anda. Antaranya ialah:
- Map settings: tukarkan layer map. Gunakan ESRI Satelite untuk peta satelit.
- Location search: taipkan lokasi anda seperti contoh “Batu 14 Hulu Langat” & tekan enter atau klik pada Move to current location
- Tower search: masukkan nombor eNB/gNB/NB/BTS tower. Contoh: 151854
- Cell search (premium sahaja): masukkan nombor Cell ID untuk mencari gNB/eNB/NB/BTS berkaitan dengan Cell ID itu.
- BSIC/PCI/PSC search: masukkan nombor PCI tower
- Settings: tetapan untuk menunjukkan/menyorokkan sesuatu item (tower, signal trails dan sebagainya)
- Filter: tukar tarikh supaya hanya data untuk hari tertentu ditunjukkan. Ada juga opsyen untuk menujukkan “Low accuracy towers”, “Only show verified towers” dan sebagainya.
- Legend: rujukan warna dengan kekuatan tahap liputan dan juga warna verified tower & unverified tower.
Anda boleh klik pada bulatan merah atau hijau untuk melihat info lanjut tentang tower tersebut.
First seen menunjukkan tarikh sesuatu tower mula direkodkan dengan aplikasi CellMapper. Manakala, last seen menunjukkan kali terakhir tower tersebut direkodkan dengan aplikasi CellMapper.
Anda juga boleh skrol pada menu sebelah kiri untuk melihat info lanjut untuk setiap sektor/LCID tower yang dipilih.
Laman web (mobile)
Cara menggunakannya di handphone seperti iPhone/Xiaomi/realme adalah hampir sama seperti di atas.
Cumanya anda perlu skrol untuk memilih telco kerana tiada fungsi search untuk operator.
Anda juga perlu menekan butang Menu untuk membuka sidebar menu dan tekan pada Map untuk kembali ke peta.
Aplikasi Android
Buka menu 3 garis disebelah atas kiri dan pilih Map.
Selalunya paparan data untuk telco digunakan dalam handphone anda akan ditunjukkan secara lalai.
Terdapat 3 butang disebelah atas kanan iaitu Select provider (ikon search), Change Map Type & menu 3 titik menegak.
- Select provider: kotak putih akan muncul dibawah skrin yang akan menunjukkan pilihan untuk Country, Network, Network Type dan Band.
- Select map type: menukar jenis peta digunakan
- Menu 3 titik menegak: ada empat pilihan, iaitu Open in Browser, Filter Bands, Tower Search & Location Search.
Jika anda menekan pada sesuatu tower (titik merah @ titik hijau dengan ring merah), info lanjut berkaitan dengan tower tersebut akan keluar.
Jika telefon anda bersambung ke tower yang mempunyai data dalam CellMapper dan anda sedang melihat tower tersebut dalam peta, terdapat satu garis yang bersambung dari lokasi anda (titik biru) ke tower tersebut.
Mahu memetakan liputan & menara telekomunikasi dengan CellMapper? Sila klik ini.